Peraduan Go Bananas! Yellow Hunt Challenge
Terma & Syarat
- Peraduan Go Bananas! Yellow Hunt Challenge dianjurkan oleh Oromeo Marketing Sdn. Bhd. (1505089-P) dan akan berlangsung dari 1 Jun 2026 hingga 28 Jun 2026 di laman sosial Facebook dan Instagram tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut.
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, memendekkan dan/atau melanjutkan tempoh peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
- Pekerja syarikat, agensi rakan kongsi, syarikat sekutu, vendor yang terlibat secara langsung dalam penganjuran peraduan ini, serta ahli keluarga terdekat mereka (termasuk ibu bapa, pasangan, adik-beradik dan anak-anak) tidak layak menyertai atau memenangi sebarang hadiah dalam peraduan ini.
- Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas pada 1 Jun 2026.
- Cara-cara menyertai Peraduan Go Bananas! Yellow Hunt Challenge :
- Langkah 1: Beli 7DAYS Pisang terbaru di kedai runcit terdekat anda dan simpan resit untuk tujuan pengesahan.
- Langkah 2: Cari objek berwarna kuning sekitar anda, ambil gambar bersama 7DAYS Pisang dan muat naik ke media sosial anda (Facebook, Instagram).
- Langkah 3: Tag @7DAYSmy di post anda bersama hashtag #GoBananasWith7DAYS untuk peluang memenangi hadiah.
- Hanya penyertaan yang lengkap mengikut ketiga-tiga langkah di atas akan dipertimbangkan untuk dipilih sebagai pemenang.
- Penyertaan yang mengandungi kandungan tidak sesuai, lucah, palsu, menyalahi undang-undang atau melanggar garis panduan platform media sosial akan dibatalkan serta-merta tanpa notis.
- Penyertaan yang mengandungi penggunaan AI akan dibatalkan serta-merta tanpa notis.
- Cara Pemilihan Pemenang Peraduan Go Bananas! Yellow Hunt Challenge Setiap Minggu (1-28 Jun) :
- Pemenang mingguan akan dipilih seperti :
- Langkah 1: Pihak penganjur akan menilai semua penyertaan dan memilih dua puluh (20) gambar 7DAYS paling kreatif serta menepati tema.
- Langkah 2: Dua puluh (20) gambar 7DAYS terpilih akan diumumkan sebagai pemenang mingguan di Facebook dan Instagram.
- Berikut adalah senarai hadiah mingguan & kriteria pemenang:
-
Minggu Fasa Penyertaan Pengumuman Pemenang Hadiah Mingguan Kriteria Pemenang Minggu 1 1 Jun – 7 Jun 2026 11 Jun 20x RM100 TNG eWallet reload pin Penyertaan akan dinilai berdasarkan: - Kreativiti gambar anda. Lebih unik dan menarik, lebih tinggi peluang untuk dipilih sebagai salah satu daripada 20 gambar terbaik
- Gambar mestilah memaparkan produk 7DAYS dengan jelas dalam setiap foto bersama objek kuning
- Post gambar mestilah tag @7DAYSmy dan menggunakan hashtag #GoBananasWith7DAYS
- 20 gambar terbaik akan diumumkan sebagai pemenang mingguan.
Minggu 2 8 – 14 Jun 2026 18 Jun 20x RM100 TNG eWallet reload pin Minggu 3 15 – 21 Jun 2026 25 Jun 20x RM100 TNG eWallet reload pin Minggu 4 22 – 28 Jun 2026 2 Jul 20x RM100 TNG eWallet reload pin
-
- Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh peraduan. Penyertaan berulang dibenarkan sekiranya peserta tidak terpilih sebagai pemenang pada minggu-minggu sebelumnya.
- Pemenang perlu menghubungi pihak penganjur melalui DM di Facebook dan Instagram dan menghantar butiran peribadi beserta salinan NRIC dalam masa tiga (3) hari bekerja melalui pautan Google Form yang akan diberikan. Kegagalan untuk menghantar maklumat dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan hadiah dibatalkan dan pemenang baharu akan dipilih.
- Sekiranya DM di Facebook tidak tersedia, sila hubungi kami melalui DM di Instagram sebagai saluran alternatif rasmi.
- Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Pihak penganjur berhak meminda terma dan syarat serta menukar hadiah kepada hadiah lain yang setara nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Hadiah akan diproses dalam tempoh antara satu (1) hingga dua (2) bulan selepas peraduan berakhir.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan dalam pemberian emel, atau sebarang kerosakan dan kehilangan hadiah selepas ia dihantar kepada pemenang. Hadiah yang hilang atau rosak tidak akan diganti atau dihantar semula.
- Segala maklumat peribadi yang diberikan seperti nama, alamat, nombor telefon, dan emel akan dikendalikan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan hanya digunakan untuk tujuan berkaitan peraduan ini serta tujuan lain yang dinyatakan oleh peserta.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberikan hak kepada pihak penganjur untuk menggunakan, menyiarkan dan mengubahsuai kandungan yang dikongsikan (termasuk nama pengguna dan gambar) untuk tujuan promosi tanpa sebarang bayaran tambahan atau pemberitahuan lanjut.
- Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di Facebook atau Instagram.
Terima kasih.