Lihat

Kaya B Kreatif Challenge

Terma & Syarat

  1. Kaya B Kreatif Challenge dianjurkan oleh Oromeo Marketing Sdn. Bhd. (1505089-P) dan akan berlangsung dari 2 November 2026 hingga 29 November 2026 di laman sosial Facebook dan Instagram tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut.
  2. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, memendekkan dan/atau melanjutkan tempoh peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
  3. Pekerja syarikat, agensi rakan kongsi, syarikat sekutu, vendor yang terlibat secara langsung dalam penganjuran peraduan ini, serta ahli keluarga terdekat mereka (termasuk ibu bapa, pasangan, adik-beradik dan anak-anak) tidak layak menyertai atau memenangi sebarang hadiah dalam peraduan ini.
  4. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas pada 2 November 2026.
  5. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana penyertaan yang disyaki palsu, menipu, diubah oleh AI atau apa-apa cara, atau melanggar mana-mana terma dan syarat. Jika peserta didapati telah mengemukakan maklumat palsu atau tidak lengkap, Penganjur berhak untuk membatalkan kemenangan tersebut dan memilih pemenang baharu.
  6. Cara-cara Menyertai Kaya B Kreatif Challenge:
    • Langkah 1: Beli dua (2) pek 7DAYS di 7-Eleven, termasuk sekurang-kurangnya satu (1) pek perisa Kaya Pandan Butter dalam satu resit yang sah.
    • Langkah 2: Isi butiran anda beserta bukti pembelian (resit yang sah) di www.7days.my.
    • Langkah 3: Jawab 7 soalan menyeronokkan berkaitan kaya, pandan, dan 7DAYS! Pastikan menjawab Soalan 1–6 dengan betul dan jawab Soalan 7 berdasarkan kreativiti.
  7. Hanya penyertaan yang melengkapkan ketiga-tiga langkah di atas akan layak untuk dipilih sebagai pemenang peraduan.
  8. Pemilihan Pemenang untuk ‘Kaya B Kreatif Challenge’ Setiap Minggu (2-29 November 2026):
    • Penganjur akan menyemak semua penyertaan dan memilih pemenang seperti berikut:
    • Langkah 1:
      • Hadiah Mingguan: Baucar Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50 (20 orang pemenang): Dipilih secara rawak.
      • Hadiah Utama Mingguan: Nintendo Switch 2 (2 orang pemenang): Dipilih berdasarkan tagline yang dikemukakan bagi Soalan 7, dengan penilaian berdasarkan Kreativiti & Keaslian (40%), Menepati Tema (25%) serta Mudah Diingati & Jelas (35%).
    • Langkah 2: Dua puluh dua (22) pemenang yang terpilih akan diumumkan sebagai pemenang mingguan di Facebook 7DAYS dan Instagram 7DAYS.
    • Pemilihan dan Pengumuman Pemenang untuk Kaya B Kreatif Challenge:
    • Minggu Fasa Kemasukan Pengumuman Pemenang Hadiah Mingguan Kriteria Penilaian
      Minggu 1 2 – 8 November 2026 11 November 20x Baucar eWallet Touch ‘n Go RM50

      2x Nintendo Switch 2

      Peserta akan dinilai berdasarkan:

      • Peserta memberikan jawapan yang betul bagi Soalan 1-6
      • Tagline yang dihantar bagi Soalan 7 akan dinilai berdasarkan kriteria berikut: Kreativiti & Keaslian (40%), Menepati Tema (25%) serta Mudah Diingati & Jelas (35%).
      • Seramai 22 pemenang akan diumumkan sebagai pemenang mingguan
      Minggu 2 9 – 15 November 2026 18 November 20x Baucar eWallet Touch ‘n Go RM50

      2x Nintendo Switch 2

      Minggu 3 16 – 22 November 2026 25 November 20x Baucar eWallet Touch ‘n Go RM50

      2x Nintendo Switch 2

      Minggu 4 23 – 29 November 2026 2 Disember 20x Baucar eWallet Touch ‘n Go RM50

      2x Nintendo Switch 2

  9. Peserta dinasihatkan untuk menyimpan bukti pembelian asal, iaitu resit, bagi tujuan pengesahan sekiranya anda disenarai sebagai pemenang. Pastikan butiran berikut dapat dilihat dengan jelas dalam gambar resit:
    • Nama kedai runcit (7-Eleven sahaja)
    • Tarikh pembelian
    • Nombor resit
    • Produk 7DAYS (termasuk sekurang-kurangnya satu (1) pembelian Kaya Pandan Butter)
    • Jumlah perbelanjaan bagi produk terlibat yang dibeli
  10. Resit yang kabur, rosak, diubah, tidak lengkap atau dijana oleh AI akan dibatalkan kelayakannya.
  11. Semasa penyerahan, resit mestilah bertarikh dalam minggu pertandingan tersebut. Contohnya, jika peserta menyertai atau membuat penyerahan pada Minggu 2, tarikh pada resit mestilah dalam lingkungan tarikh Minggu 2 sahaja. Resit yang bertarikh pada Minggu 1 tidak layak.
  12. Pemenang mingguan akan dipilih secara rawak daripada kumpulan penyertaan setiap minggu, manakala pemenang Hadiah Utama Mingguan akan dipilih berdasarkan kreativiti jawapan mereka bagi Soalan 7.
  13. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad. Penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat serta menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu.
  14. Selepas pemenang dihubungi, tempoh anggaran untuk menerima hadiah adalah satu (1) bulan untuk Baucar Touch ‘n Go eWallet RM50, manakala dua (2) bulan untuk Nintendo Switch 2.
  15. Setiap peserta hanya boleh memenangi Hadiah Mingguan sekali sahaja sepanjang tempoh peraduan. Walau bagaimanapun, untuk berpeluang memenangi Hadiah Utama Mingguan, peserta boleh menyertai peraduan semula pada minggu-minggu berikutnya dengan menghantar resit baharu dan menjawab kuiz.
  16. Bagi peserta yang tidak terpilih sebagai pemenang pada minggu-minggu sebelumnya, penyertaan mereka akan menjadi tidak sah dan ditetapkan semula. Peserta perlu menghantar penyertaan baharu berserta resit baharu.
  17. Penyertaan lebih daripada satu dibenarkan, namun pemenang akan dipilih secara rawak.
  18. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan hadiah selepas hadiah dihantar kepada pemenang. Sebarang kos tambahan selain penghantaran standard yang berkaitan dengan penebusan hadiah hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.
  19. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju bahawa semua maklumat peribadi yang diberikan, seperti nama, alamat, nombor telefon dan e-mel, akan dikendalikan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan hanya akan digunakan bagi tujuan berkaitan peraduan ini, termasuk pengumuman pemenang dan komunikasi promosi, tanpa sebarang bayaran tambahan atau notis lanjut.
  20. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui akaun media sosial rasmi di Facebook 7DAYS atau Instagram.

Terima kasih!