Lihat

Terma & Syarat Peraduan Buy, Scan & Win

  1. Peraduan 7DAYS: Buy, Scan & Win dianjurkan oleh Oromeo Marketing Sdn. Bhd. (1505089-P) akan berlangsung dari 16 Februari 2026 (10:00 AM) hingga 15 Mac 2026 (11:59 PM) di Lotus’s Malaysia, tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut.
  2. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, memendekkan dan/atau melanjutkan tempoh peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
  3. Pekerja syarikat, agensi rakan kongsi, syarikat sekutu, vendor yang terlibat secara langsung dalam penganjuran peraduan ini, serta ahli keluarga terdekat mereka (termasuk ibu bapa, pasangan, adik-beradik dan anak-anak) tidak layak menyertai atau memenangi sebarang hadiah dalam peraduan ini.
  4. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur tiga belas (13) tahun dan ke atas pada 16 Februari 2026.
  5. Cara-cara menyertai Peraduan Buy, Scan & Win:
    • Langkah 1: Beli minimum RM8 produk 7DAYS termasuk sekurang-kurangnya 1 perisa jagung di mana-mana cawangan Lotus’s berdekatan dalam satu (1) resit sah.
    • Langkah 2: Scan kod QR di belakang pek dan isi maklumat peribadi anda bersama bukti pembelian (resit sah).
    • Langkah 3: Semak pengumuman pemenang di laman Facebook & Instagram rasmi 7DAYS.
  6. Setiap resit pembelian yang sah hanya layak untuk satu (1) penyertaan sahaja.
    Resit mestilah:
    • Jelas dan boleh dibaca sepenuhnya
    • Menunjukkan pembelian produk 7DAYS bernilai minimum RM8
    • Mengandungi sekurang-kurangnya satu (1) 7DAYS perisa jagung
    • Bertarikh dalam tempoh peraduan

    Resit kabur, rosak, disunting, atau tidak lengkap akan dibatalkan.

  7. Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang disyaki palsu, penipuan, tidak sah, atau melanggar mana-mana terma dan syarat. Sekiranya peserta didapati memberikan maklumat palsu atau tidak lengkap, pihak penganjur berhak menarik balik kemenangan dan memilih pemenang baharu.
  8. Berikut adalah senarai hadiah mingguan & kriteria pemenang:
    Minggu Fasa Penyertaan Hadian Mingguan Kriteria Pemenang
    Minggu 1 16 Februari -22 Februari 2026 3x RM150 Lotus’s E-Baucar


    20x RM50 Lotus’s E -Baucar

    Penyertaan dinilai berdasarkan kesahihan resit dan memenuhi semua syarat pembelian.
    Minggu 2 23 Februari – 1 Mac 2026 3x RM150 Lotus’s E-Baucar


    20x RM50 Lotus’s E -Baucar

    Minggu 3 2 Mac – 8 Mac 2026 3x RM150 Lotus’s E-Baucar


    20x RM50 Lotus’s E -Baucar

    Minggu 4 9 Mac – 15 Mac 2026 3x RM150 Lotus’s E-Baucar


    20x RM50 Lotus’s E -Baucar

  9. Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja setiap minggu. Pemenang akan dipilih secara rawak daripada semua penyertaan yang sah dan layak, dan segala keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur adalah muktamad dan mengikat.
  10. Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur melalui e-mel yang diberikan semasa penyertaan.
  11. Sekiranya pemenang gagal memberi maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, pihak penganjur berhak membatalkan kemenangan dan memilih pemenang baharu.
  12. Hadiah akan diberikan dalam bentuk Lotus’s E-Baucar sahaja dan akan dihantar secara digital kepada pemenang.
    Hadiah:
    • Tidak boleh dipindah milik
    • Tidak boleh ditukar kepada wang tunai
    • Tidak boleh digantikan

    Sebarang kehilangan atau kerosakan selepas penghantaran bukan tanggungjawab Penganjur.

  13. Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. Penganjur berhak meminda terma dan syarat serta menukar hadiah kepada hadiah lain yang setara nilainya tanpa notis terlebih dahulu.
  14. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju bahawa semua maklumat peribadi yang diberikan — seperti nama, alamat, nombor telefon dan e-mel — akan dikendalikan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan hanya digunakan untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan ini termasuk pengumuman pemenang dan komunikasi promosi.
  15. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di Facebook atau Instagram.

Terima kasih.

Back