Lihat

Terma & Syarat Peraduan #7DAYSKayaB Spend & Win!

  1. Peraduan 7DAYS: Spend & Win dianjurkan oleh Oromeo Marketing Sdn. Bhd. (1505089-P) dan akan berlangsung dari 04 Ogos 2025 (10:01 AM) hingga 12 September 2025 (11:59 PM) menerusi laman web rasmi www.7days.my, tertakluk kepada terma dan syarat berikut.
  2. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, memendekkan dan/atau melanjutkan tempoh peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
  3. Pekerja syarikat, agensi rakan kongsi, syarikat sekutu, vendor yang terlibat secara langsung dalam penganjuran peraduan ini, serta ahli keluarga terdekat mereka (termasuk ibu bapa, pasangan, adik-beradik dan anak-anak) tidak layak menyertai atau memenangi sebarang hadiah dalam peraduan ini.
  4. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas pada 04 Ogos 2025.
  5. How to Participate in Spend & Win contest:
    • Langkah 1: Belanja minimum RM5 untuk mana-mana 7DAYS di kedai berdekatan.
    • Langkah 2: Isi maklumat peribadi anda bersama bukti pembelian (resit sah) di www.7days.my.
    • Langkah 3: Semak pengumuman pemenang di laman Facebook & Instagram.
  6. Penganjur berhak membatalkan penyertaan yang disyaki palsu, penipuan, atau melanggar terma dan syarat. Sekiranya peserta didapati memberikan maklumat palsu, atau tidak lengkap, pihak penganjur berhak menarik balik kemenangan dan memilih pemenang baharu.
  7. Berikut adalah senarai hadiah & kriteria pemenang:
    Prize Number of Winners Entry Criteria
    Hadiah Utama 1x HABIB 2.5g 999.9 Gold Bar worth RM1390 each 1 Entries will be judged based on receipt validity:

    • The receipt is clear and easy to read
    • Shows purchase of any 7DAYS products with a minimum spend of RM5
    • Dated between 4 August and 12 September 2025
    Hadiah Kedua 3x HABIB 1g 999.9 Gold Bar worth RM570 each 3
    Hadiah Ketiga 5x HABIB 0.5g 999.9 Gold Bar worth RM300 each 5
  8. Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh peraduan. Namun, penyertaan berulang dibenarkan untuk meningkatkan peluang kemenangan, selagi setiap penyertaan disertakan dengan resit pembelian yang berbeza.
  9. Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur melalui e-mel yang diberikan semasa penyertaan. Pemenang dikehendaki mengemukakan butiran peribadi beserta salinan NRIC, dalam tempoh tiga (3) hari bekerja melalui pautan Google Form yang akan disediakan.
  10. Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Pihak penganjur berhak meminda terma dan syarat serta menukar hadiah kepada hadiah lain yang setara atau lebih tinggi nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Hadiah akan diproses dalam tempoh antara satu (1) hingga dua (2) bulan selepas peraduan berakhir.
  11. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan hadiah selepas penghantaran dibuat kepada pemenang. Segala kos tambahan selain penghantaran standard berkaitan penebusan hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
  12. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju bahawa semua maklumat peribadi yang diberikan — seperti nama, alamat, nombor telefon, dan e-mel — akan dikendalikan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan hanya akan digunakan untuk tujuan yang berkaitan dengan peraduan ini, termasuk pengumuman pemenang dan komunikasi promosi.
  13. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di Facebook atau Instagram.

 

Terima kasih.

Kembali