Terma & Syarat Peraduan #BetterWith7DAYS Challenge
- Peraduan 7DAYS: #BetterWith7DAYS Challenge dianjurkan oleh Oromeo Marketing Sdn. Bhd. (1505089-P) dan akan berlangsung dari 31 Oktober 2025 (10:01 AM) hingga 27 November 2025 (11:59 PM) di laman sosial Facebook, tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut.
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, memendekkan dan/atau melanjutkan tempoh peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
- Pekerja syarikat, agensi rakan kongsi, syarikat sekutu, vendor yang terlibat secara langsung dalam penganjuran peraduan ini, serta ahli keluarga terdekat mereka (termasuk ibu bapa, pasangan, adik-beradik dan anak-anak) tidak layak menyertai atau memenangi sebarang hadiah dalam peraduan ini.
- Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas pada 31 Oktober 2025.
- Cara-cara menyertai Peraduan #BetterWith7DAYS Challenge:
- Langkah 1: Pair 7DAYS ikut tema mingguan dan snap gambar paling menarik.
- Langkah 2: Comment gambar anda di post pengumuman mingguan dengan hashtag #BetterWith7DAYS.
- Langkah 3: Top 3 best pairing akan menang RM300 TNG eWallet setiap minggu.
- Hanya penyertaan yang lengkap mengikut ketiga-tiga langkah di atas akan dipertimbangkan untuk dipilih sebagai pemenang.
- Penyertaan yang mengandungi kandungan tidak sesuai, lucah, palsu, menyalahi undang-undang atau melanggar garis panduan platform media sosial akan
dibatalkan serta-merta tanpa notis. - Cara Pemilihan Pemenang Peraduan #BetterWith7DAYS Challenge:
- Pemenang mingguan akan ditentukan berdasarkan undian terbuka di Facebook secara:
- Langkah 1: Pihak penganjur akan menilai semua penyertaan dan memilih enam (6) gandingan 7DAYS paling kreatif serta menepati tema mingguan.
- Langkah 2: Enam (6) gandingan 7DAYS terpilih akan diumumkan di Facebook untuk dibuka kepada undian awam menggunakan reaction emoji yang ditetapkan di visual.
- Langkah 3: Tiga (3) gandingan 7DAYS yang menerima jumlah undian tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang mingguan.
- Berikut adalah senarai hadiah mingguan & kriteria pemenang:
Minggu Fasa Penyertaan Fasa Undian Hadiah Mingguan Kritiria Pemenang Minggu 1 31 Oktober – 3 November 2025 4 – 5 November 3x RM300 TNG eWallet reload pin. Penyertaan akan dinilai berdasarkan:
- Kreativiti gandingan anda. Lebih unik dan menarik, lebih tinggi peluang untuk dipilih sebagai salah satu daripada enam gandingan terbaik.
- Gambar mestilah memaparkan produk 7DAYS dengan jelas dalam setiap gandingan.
- Tiga gandingan dengan jumlah undian terbanyak akan diumumkan sebagai pemenang mingguan.
Minggu 2 7 – 9 November 11 – 12 November 3x RM300 TNG eWallet reload pin. Minggu 3 14 – 16 November 18 – 19 November 3x RM300 TNG eWallet reload pin. Minggu 4 21 – 23 November 25 – 26 November 3x RM300 TNG eWallet reload pin. - Sekiranya terdapat sebarang percubaan untuk memanipulasi undian, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan akaun palsu, akaun tidak aktif, atau pembelian undian, pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut serta-merta tanpa sebarang notis.
- Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh peraduan. Penyertaan berulang dibenarkan sekiranya peserta tidak terpilih sebagai pemenang pada minggu-minggu sebelumnya.
- Pemenang perlu menghubungi pihak penganjur melalui DM di Facebook, dan menghantar butiran peribadi beserta salinan NRIC dalam masa tiga (3) hari bekerja melalui pautan Google Form yang akan diberikan. Kegagalan untuk menghantar maklumat dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan hadiah dibatalkan dan pemenang baharu akan dipilih.
- Sekiranya DM di Facebook tidak tersedia, sila hubungi kami melalui DM di Instagram sebagai saluran alternatif rasmi.
- Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Pihak penganjur berhak meminda terma dan syarat serta menukar hadiah kepada hadiah lain yang setara nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Hadiah akan diproses dalam tempoh antara satu (1) hingga dua (2) bulan selepas peraduan berakhir.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan dalam pemberian e-mel, atau sebarang kerosakan dan kehilangan hadiah selepas ia dihantar kepada pemenang. Hadiah yang hilang atau rosak tidak akan diganti atau dihantar semula.
- Segala maklumat peribadi yang diberikan seperti nama, alamat, nombor telefon, dan e-mel akan dikendalikan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan hanya digunakan untuk tujuan berkaitan peraduan ini serta tujuan lain yang dinyatakan oleh peserta.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberikan hak kepada pihak penganjur untuk menggunakan, menyiarkan dan mengubahsuai kandungan yang dikongsikan (termasuk nama pengguna dan gambar) untuk tujuan promosi tanpa sebarang bayaran tambahan atau pemberitahuan lanjut.
- Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di Facebook atau Instagram.
Terima kasih.